BKC manfaat masyarakat luar bandar  - Utusan Malaysia

BKC manfaat masyarakat luar bandar 

ABDUL RAHMAN MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengenal pasti 189 kawasan Parlimen dalam kategori luar bandar yang mana penduduknya terdiri daripada miskin tegar, B40 dan M40 serta individu bujang.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, golongan tersebut adalah penduduk di luar bandar yang bakal menerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bermula 6 hingga 10 September ini.

“Pembayaran (BKC) kepada golongan sasar ini menzahirkan komitmen kerajaan untuk membantu penduduk berpendapatan rendah yang terjejas akibat pandemik Covid-19  dan tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, pembayaran BKC juga menunjukkan bahawa kerajaan komited dalam melaksanakan pakej bantuan seperti mana yang diumumkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih). 

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak merancakkan semula ekonomi di kawasan luar bandar dalam tempoh pemulihan pandemik Covid-19 ini.

“Hal ini sekali gus dapat meringankan beban kewangan serta membantu menyara kehidupan serta kebajikan penerima termasuk keluarga masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.