Bimbang keselamatan orang ramai, anak muda bersih paku karat bertaburan di jalan raya - Utusan Malaysia

Bimbang keselamatan orang ramai, anak muda bersih paku karat bertaburan di jalan raya

TANGKAP layar video tular memaparkan sekumpulan pemuda membersihkan ratusan paku berkarat yang bertaburan di Bulatan Batu 6, Bandar Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini, sekumpulan anak muda mengambil langkah membersihkan sejumlah paku bertaburan di atas jalan raya di Bulatan Batu 6, Bandar Sunggala, dekat sini semalam dipercayai ditaburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Salah seorang daripada kumpulan anak muda tersebut, Mohd. Irshad Shafiq Mohd. Tahir, 32, berkata, kira-kira pukul 10 pagi semalam, dia dan rakan sekerjanya yang sedang mengadakan penggambaran video berkaitan pelancongan.

“Semalam saya ada penggambaran berkaitan pelancongan bersama tujuh rakan dan apabila kami melalui Bulatan Batu 6 itu kami mendapati ratusan paku yang berkarat. Kami segera membeli penyapu serta penyodok di kedai berhampiran bagi membersihkan paku-paku tersebut.

“Kami bimbang sekiranya ada sesiapa yang melalui jalan tersebut akan terkena paku berkenaan. Kami juga dimaklumkan kawasan itu sering dilalui oleh penghantar makanan dan tentu ia boleh membahayakan orang ramai” katanya ketika dihubungi hari ini.

MOHD. IRSHAD SHAFIQ MOHD. TAHIR

Menurut Mohd. Irshad Shafiq, dia juga turut memuat naik video tersebut di akaun media sosial TikTok miliknya sehinggakan video tersebut turut tular.

“Saya juga tidak menyangka video itu tular, bagaimanapun ramai yang komen di video itu dan memberitahu kejadian serupa sering berlaku di kawasan tersebut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia memaklumkan tidak membuat sebarang laporan polis berkenaan kejadian itu kerana kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan penggambaran sekitar daerah ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN