Bersalin sendirian: Dakwaan bunyi ketawa kakitangan hospital mungkin proses ‘vacuum’  - Utusan Malaysia

Bersalin sendirian: Dakwaan bunyi ketawa kakitangan hospital mungkin proses ‘vacuum’ 

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Wanita menjalani proses bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini yang mendakwa terdengar orang ketawa, berkemungkinan bunyi bising melibatkan proses kelahiran di bilik bersalin lain.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Datuk Dr. Aman Rabu berkata, bunyi ketawa yang didakwa pesakit itu dipercayai daripada bilik bersalin berhampiran yang sedang melakukan prosedur kelahiran bayi secara ‘vacuum’.

Beliau berkata, disebabkan wanita tersebut positif Covid-19, dia perlu ditempatkan di ruang isolasi yang tertutup, bagaimanapun siasatan lebih terperinci akan dilakukan dan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan.

“Wanita berusia 36 tahun itu adalah kontak rapat kepada suaminya yang positif Covid-19 dan sedang mengandung anak keempat dengan usia kandungan 39 minggu. Dia hadir ke bilik saringan pada pukul 5.33 pagi, 23 Julai lalu kerana mempunyai tanda awal hendak bersalin. 

“Pesakit diperiksa pegawai perubatan dan didapati dia di peringkat awal kelahiran (bukaan pangkal rahim 3 sentimeter) dan dimasukkan dalam bilik isolasi pada pukul 10.18 pagi sementara menunggu keputusan ujian Covid PCR.

“Pesakit diletakkan di dewan bersalin dengan pintu bilik sentiasa ditutup kerana pesakit adalah kes positif Covid-19 dan bilik tersebut berada agak jauh dari kaunter jururawat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular dalam media sosial, dakwaan wanita terbabit yang membuat hantaran dalam Facebooknya mendakwa terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif Covid-19 setelah panggilannya meminta bantuan kakitangan hospital tidak dilayan.

Wanita itu memuat naik status berkenaan dalam akaun Facebooknya pada 31 Julai, namun ia menjadi tular sejak semalam.

Mengulas lanjut, Dr. Aman berkata, pegawai perubatan dan jururawat telah ‘donning’ dan melakukan pemeriksaan pada pukul 4.26 petang dan hasil ujian keputusan PCR Covid-19 pesakit itu didapati positif.

Katanya, keputusan untuk melahirkan anak melalui pembedahan telah dibuat oleh pakar yang bertugas.

“Pemeriksaan ketika itu mendapati bukaan pangkal rahim adalah empat sentimeter dan mengalami kontraksi yang tidak teratur. Pesakit kemudian dipersiapkan untuk menjalani pembedahan.

“Proses bersalin pesakit berlaku di luar jangkaan di mana ia berlaku lebih awal dari tempoh jangkaan bersalin yang dianggarkan enam jam lagi. Pesakit telah bersalin secara bersendirian dan bayinya didapati berada atas katil pesakit. Proses ‘donning’ mengambil masa sebelum bantuan oleh anggota bertugas dapat diberikan kepada pesakit,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya