Azhar Azizan nafi ketepi usul - Utusan Malaysia

Azhar Azizan nafi ketepi usul

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan atau mengambil bahagian berhubung usul pertukaran jawatan Speaker.

Malah katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai  keputusan yang mungkin telah dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat , Datuk Mohd. Rashid Hasnon 

“Pejabat saya sememangnya menerima pemberitahu usul untuk saya mengosongkan jawatan dan  supaya individu lain dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Sebaik sahaja pejabat saya menerima usul tersebut, saya telah utuskan surat kepada semua pengusul bahawa saya tidak sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai usul tersebut kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan. Apa-apa  mengenai usul-usul tersebut diserahkan kepada timbalan saya, Mohd. Rashid ,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azhar Azizan turut menafikan dakwaan kononnya beliau mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas.

“Laporan yang mengatakan antara lain bahawa saya telah mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas dan juga mempunyai unsur inuendo bahawa usul -usul tersebut ditolak oleh saya adalah tidak benar.

“Saya anggap bersifat pembohongan dan fitnah serta dibuat dengan niat untuk menjatuhkan reputasi saya. Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” ujarnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan 15 usul yang dikemukakan ahli Parlimen yang mahu Azhar Azizan ditukar,  telah ditolak.

Laporan berkenaan yang memetik sumber mendakwa, usul berkenaan diketepikan daripada dibahas pada sidang Parlimen yang dijadual bermula 13 September hingga 12 Oktober. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN