AUKUS: Malaysia teguh prinsip ZOPFAN - Utusan Malaysia

AUKUS: Malaysia teguh prinsip ZOPFAN

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada prinsip untuk mengekalkan wilayah Asia Tenggara sebagai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN).

Beliau berkata, negara lain perlu menghormati kedudukan Malaysia dan mematuhi undang-undangnya mengenai kapal selam bertenaga nuklear dan kapal perang yang memasuki perairan wilayah Malaysia, selaras dengan Konvensyen PBB mengenai Udang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).

Kata beliau, semua pihak harus menahan daripada mengambil tindakan ketenteraan yang dianggap provokatif berpotensi meningkatkan ketegangan dan mencetuskan konflik di kawasan Asia Tenggara.

“Saya berkongsi keprihatinan yang sama dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mengenai perkembangan itu yang berkemungkinan dapat mengganggu keamanan dan kestabilan di kawasan itu.

“Berdasarkan kedudukannya di Laut China Selatan yang konsisten, maka semua pihak harus mengelakkan sebarang pertemuan in these important waterways, dan semua perkara mesti diselesaikan secara aman serta membina.

“Saya dijadual untuk bercakap dengan Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton melalui panggilan telefon esok.

“Saya akan mengesahkan semula kedudukan negara dan menyampaikan pandangan Perdana Menteri mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, penubuhan kerjasama melibatkan Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) yang bertujuan membantu Australia memperoleh kapal selam nuklear mengusarkan negara ini.

Perdana Menteri berkata, kerjasama tiga hala berkenaan dibimbangi bakal memangkin perlumbaan senjata nuklear di rantau Indo-Pasifik selain memprovokasi kuasa-kuasa lain untuk bertindak lebih agresif di rantau itu terutama di Laut China Selatan.

Menurut Hishammuddin, negara dan Australia juga akan meneruskan kerjasama pertahanan yang kuat terutama di bawah Malaysia-Australia Joint Defence Program (MAJDP) dan High-Level Committee (HLC) yang dijangka diadakan tahun 2022.

“Malaysia dan Australia juga bekerjasama di bawah Five Power Defense Arrangements (FPDA) yang turut dianggotai United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

“Malaysia akan menganjurkan ulang tahun ke-50 FPDA dan 11th FPDA Defence Ministers’ Meeting (11th FDMM) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada 21 Oktober ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN