Allahyarham Azrin dinaikkan pangkat koperal - Utusan Malaysia

Allahyarham Azrin dinaikkan pangkat koperal

ANGGOTA TDM mengusung jenazah Allahyarham Mohamad Azrin Mohamad Isa pada istiadat pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, Laguna, Sungai Petani, Kedah, hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengumumkan kenaikan pangkat Allahyarham Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, secara posthumus daripada lans koperal kepada koperal dengan serta merta.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, penganugerahan itu diberikan sebagai menghargai khidmat bakti Allahyarham dalam pasukan TDM sejak tujuh tahun lalu.

Menurutnya, kemalangan yang menimpa Allahyarham Koperal Mohamad Azrin adalah satu kehilangan buat negara.

“Sebagai menghargai khidmat bakti Allahyarham, maka TDM menzahirkan penganugerahan pangkat secara posthumous dan Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin, dengan ini dinaikkan ke pangkat koperal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas istiadat pengkebumian Allahyarham Mohamad Azrin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, Laguna di sini hari ini.

Yang hadir sama pada majlis itu, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

Allahyarham Mohamad Azrin ditemukan penduduk di Kampung Serengkam, Maran, Pahang kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Beliau dipercayai lemas selepas hilang di Sungai Pahang di Kampung Batu Bor di Bera pukul 4.40 petangg, 29 Ogos lalu.

Zamrose menambah, TDM juga akan memberi bantuan kepada waris Allahyarham Mohamad Azrin berdasarkan peraturan-peraturan angkatan tetap seperti pencen, ganjaran dan faedah-faedah lain.

“Pemberian faedah kelayakan kematian adalah dianugerahkan kepada balu dan anak serta ibu atau bapa mengambil kira jumlah perkhidmatannya selama tujuh tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya