Aaron Chia- Wooi Yik sudah sedia - Choong Hann - Utusan Malaysia

Aaron Chia- Wooi Yik sudah sedia – Choong Hann

BEREGU lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memberi bayangan mereka sudah bersedia untuk menyumbang mata kepada Malaysia di Piala Sudirman dan Piala Thomas selepas berjaya merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memberi bayangan bahawa mereka sudah bersedia menggalas cabaran di Piala Sudirman dan Piala Thomas sebaik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, berkata ia petanda positif ketika skuad negara menagih sentuhan pasangan No.8 dunia itu dalam dua kejohanan berpasukan itu.

“Kejayaan memenangi gangsa (Olimpik Tokyo) membuatkan mereka lebih bekerja keras dalam sesi latihan, mereka lebih bersemangat.

“Ini terbukti melalui sikap dan komitmen mereka sepanjang latihan. Sudah pasti kami meletakkan sasaran untuk mereka bagi menjuarai kejohanan-kejohanan utama dan kami akan membantu mereka bagi mencapai matlamat berkenaan,” kata Choong Hann.

WONG CHOONG HANN

Dengan Malaysia menyenaraikan barisan pemain muda dalam kempen Piala Sudirman dan Piala Thomas, pengalaman dimiliki Aaron-Wooi Yik pastinya ditagih untuk menyumbangkan mata kepada pasukan selain jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang memikul tanggungjawab selaku kapten.

Saingan Piala Sudirman akan berlangsung di Vantaa bermula 26 September hingga 3 Oktober ini dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan Mesir.

Selepas itu, barisan pemain lelaki dan wanita negara akan beraksi pula dalam kempen Piala Thomas/Uber di Aarhus, Denmark yang akan berlangsung bermula 9 hingga 17 Oktober.

Di Aarhus, skuad lelaki diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, Kanada dan England manakala pasukan wanita akan bertemu China, Denmark dan Kanada dalam Kumpulan D.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.