Sebanyak 70 BID daripada 324 kematian dilaporkan

70 BID daripada 324 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 109 kes manakala kelmarin, yang berubah kepada 134 kes berbanding 108 kes yang dilaporkan semalam.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi, hari ini berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my, jumlah kematian sebenar pula masih belum dikemas kini di mana rekod terakhir adalah sebanyak 19 kes kelmarin. 

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan sebanyak 324 kes berbanding semalam 388 kes. 

Jumlah kematian menjadikan jumlah terkini sebanyak 22,743 kes. 

Sebanyak 70 daripada 324 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,327 kes. 

Seramai 1,165 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 690 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP). 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 146 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 13 kes diikuti Johor (54/30), Pulau Pinang (25/18), Kedah (24/7),  Perak (15/7), Sabah (13/12), Kelantan (12/5), Sarawak (11/4), Kuala Lumpur (7/3), Melaka (7/3), Pahang (5/4), Negeri Sembilan (5/1), Terengganu (0/2) dan Perlis (0/1). 

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 15,549 kes berbanding semalam, 17,577 kes sekali gus diatasi kes sembuh, 17,205 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN