7 remaja sesat ketika beriadah ditemukan selamat - Utusan Malaysia

7 remaja sesat ketika beriadah ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehilangan tujuh remaja lelaki selepas tersesat ketika melakukan aktiviti beriadah di Jeram Gunung Hitam, Hulu Langat di sini, semalam terungkai selepas mereka ditemukan selamat awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pihaknya pukul 4.15 petang semalam membabitkan tujuh remaja berusia 18 tahun yang dikatakan tersesat dalam hutan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua mereka bagaimanapun dapat dihubungi melalui talian telefon dan memaklumkan tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kesemua mangsa ditemukan pasukan bomba dalam keadaan selamat pada pukul 1.51 pagi.

“Gerakan mencari menyelamat dilakukan oleh 28 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Pasukan Pelbagai Kemahiran (Must) serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm).

“Operasi turut disertai Pasukan Bomba Sukarela, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan pasukan Penyelamat Bencana Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, operasi membawa keluar mangsa mengambil masa kira-kira empat jam sebelum tiba di kawasan luar tempat riadah itu pukul 5.59 pagi tadi.

“Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN