45 peratus Orang Asli di Perak sudah lengkap vaksin - Utusan Malaysia

45 peratus Orang Asli di Perak sudah lengkap vaksin

MOHD. Akmal Kamarudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seramai 19,104 orang atau 45 peratus masyarakat Orang Asli di negeri ini  lengkap vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, terdapat seramai 60,795 Orang Asli di sembilan daerah di negeri ini dan daripada jumlah itu, 42,333 terdiri daripada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan layak menerima vaksin.

“Daripada jumlah 42,333 ini, yang telah lengkap vaksin seramai 19,104 orang atau 45 peratus, iaitu angka sehingga semalam.

“Ini adalah usaha keras yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan negeri,  Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Perak dan semua pihak terlibat,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Orang Asli Gangai, Slim River dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN