35kg sisa dikutip di Taman Titiwangsa sempena Hari Pembersihan Sedunia peringkat WP - Utusan Malaysia

35kg sisa dikutip di Taman Titiwangsa sempena Hari Pembersihan Sedunia peringkat WP

ISMAIL Mokhtar (tengah) dengan 23 sukarelawan yang terlibat dalam program Hari Pembersihan Sedunia 2021 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. – IHSAN SWCORP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 34.9 kilogram sisa pepejal  dikutip di Taman Tasik Titiwangsa di ibu kota bersempena Hari Pembersihan Sedunia 2021 peringkat Wilayah Persekutuan.

Program tahunan itu turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Ismail Mokhtar selain 23  sukarelawan.

Ia berlangsung selama  satu jam  namun dapat disaksikan warganet secara langsung menerusi akaun sosial Facebook rasmi SWCorp Wilayah Persekutuan hari ini.

“Saya menasihatkan para pengunjung agar sentiasa jaga kebersihan alam sekitar dan tahniah kepada semua yang terlibat hadir melaksanakan aktiviti ini,” katanya pada akhir program itu.

Menurut kenyataan SWCorp Wilayah Persekutuan, daripada jumlah sisa pepejal yang dikutip tersebut, sebanyak 16.6 kilogram atau 48 peratus adalah buangan boleh dikitar semula. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN