3 maut, 2 cedera kereta langgar tembok - Utusan Malaysia

3 maut, 2 cedera kereta langgar tembok

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa daripada kereta selepas kenderaan itu kemalangan dan melanggar tembok rumah di Jalan Rumbia 3, Taman Daya, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga maut manakala dua cedera selepas  kereta dinaiki mereka melanggar tembok rumah di Jalan Rumbia 3, Taman Daya, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 2.03 pagi itu, mangsa-mangsa yang terbunuh ialah   R. Vimalan, 21; A. Sharven, 21; dan seorang lagi lelaki berusia 20-an yang belum dikenal pasti identitinya.

Dua yang cedera ialah S. Meshen Kumar, 21, dan P. Agilan, 22. Meshen cedera parah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli A. Hamid berkata, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kemalangan itu melibatkan kereta Proton Waja yang terbabas lalu melanggar tembok rumah. Terdapat lima  mangsa berada dalam  kenderaan itu dipercayai datang dari arah Taman Daya menuju ke Setia Indah,” kata beliau.

Menurut beliau, seramai enam anggota daripada BBP Tebrau dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan termasuk kepada dua mangsa yang mengalami kecederaan.

“Mangsa yang cedera  dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) manakala mangsa maut diserahkan kepada polis,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya