2,300 pelelong tradisi mohon sistem e-lelong dikaji, ditambah baik

2,300 pelelong tradisi mohon sistem e-lelong dikaji, ditambah baik

MUZAKIR Mansor (kanan) menyerahkan memorandum penambahbaikan sistem e-lelong kepada Mohd. Abdul Rahman Ismail (kiri) di Hotel Eastern Oriental, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Lebih 2,300 pelelong tradisi di seluruh negara memohon agar kerajaan mengkaji semula dan menambah baik pelaksanaan sistem e-lelong hartanah secara sepenuhnya bagi membantu mereka yang kini kehilangan mata pencarian.

Ahli Jawatankuasa Bertindak yang mewakili semua pertubuhan pelelong negeri, Muzakir Mansor berkata, ini kerana pelaksanaan sistem e-lelong yang bermula 1 Januari tahun lalu itu menyebabkan perkhidmatan lebih 2,300 pelelong tradisi di seluruh negara yang menjalankan kerja lelongan sebelum ini ditamatkan.

“Pelelong tradisi kehilangan pendapatan sekitar RM11 juta yang mana seorang pelelong mampu meraih pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan. Kehidupan pelelong tradisi amat terjejas dengan pelaksanaan sistem e-lelong ini kerana tugas-tugas kami dalam membantu mengendalikan lelongan awam telah dihentikan.

“Kami tidak menolak sistem e-lelong ini namun kami mahu menjadi sebahagian daripada sistem ini dan meminta kerajaan Pusat membantu mendengar suara kami serta menambah baik sistem sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Muzakir menyerahkan memorandum penambahbaikan sistem e-lelong kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang (YDP), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang disampaikan melalui Setiausaha Sulit kepada YDP Pulau Pinang, Mohd. Abdul Rahman Ismail.

Sistem e-lelong, yang pertama di Malaysia mula dilaksanakan pada 1 Januari 2020 dan dibangunkan bagi mengendalikan lelongan awam secara dalam talian dikatakan mampu meningkatkan peluang orang awam memiliki aset tetap khususnya rumah kediaman pada nilai sebenar tanpa manipulasi harga.

Muzakir yang juga Pengerusi Persatuan Pelelong Pulau Pinang, pihaknya turut bimbang dengan kemungkinan sistem e-lelong itu juga menyebabkan industri lelongan hartanah menjadi pasaran monopoli kerana penamatan khidmat pelelong tradisi pada masa ini menyebabkan industri itu dikuasai kurang daripada 10 syarikat pelelong berkapasiti besar.

“Pelelong tradisi hilang pekerjaan pada masa ini, namun syarikat pelelong besar menguasai pasaran lelong di negara kita. Selain itu, sistem ini turut menyebabkan orang-orang kampung dan masyarakat yang tidak mahir menggunakan Internet juga kehilangan peluang untuk mendapatkan hartanah secara lelong,” katanya.

Dalam pada itu, Muzakir berkata, pihaknya amat berharap satu perjumpaan dapat diadakan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk membincangkan mengenai hal ini.

“Kami telah membawa hal ini kepada tiga Kerajaan Pusat iaitu bermula pada tahun 2017 lagi, kami harap isu ini dapat diselesaikan pada tahun ini bagi membantu pelelong meneruskan khidmat dan mencari rezeki,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya