21 kes varian Delta, Beta di Terengganu - Utusan Malaysia

21 kes varian Delta, Beta di Terengganu

KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sebanyak 21 kes varian membimbangkan (VOC) dikesan di negeri ini sejak Julai lalu hingga kini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, 12 kes merupakan varian Delta manakala baki sembilan lagi adalah Beta.

Katanya, kes VOC tertinggi direkodkan di Hulu Terengganu dengan lima kes diikuti empat kes di Kuala Terengganu dan Besut manakala Marang (tiga kes), Dungun (dua kes), Kemaman (dua kes) dan Setiu (satu kes).

“Kebolehjangkitan varian Delta tinggi, jadi kita berharap masyarakat dapat terus mengamalkan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama ketika di luar,” katanya kepada pemberita selepas program vaksinasi dari rumah ke rumah di Bukit Payung, di sini hari ini.

Terdahulu, berdasarkan infografik Jabatan Kesihatan negeri, hanya daerah Kuala Nerus yang tidak merekodkan sebarang kes VOC hingga kini.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti kawalan akan dirancakkan jabatan berkenaan termasuk memperbanyakkan ujian saringan Covid-19, melakukan pengesanan kontak rapat dan pengasingan kes bagi membendung penularan varian tersebut dalam komuniti. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN