PETALING JAYA: Seramai 20,115,223 atau 61.6 peratus rakyat di negara ini menerima sekurang-kurang satu dos vaksin setakat 11.59 semalam.
Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi satu infografik di laman Twitternya hari ini.
Seramai 15,429,300 atau 47.2 peratus individu pula telah lengkap divaksinasi menjadikan jumlah keseluruhan penerima bagi dos tunggal dan dua dos yang diberikan adalah seramai 35,519,754 orang.
Setakat semalam, negara merekodkan 85.9 peratus individu dewasa yang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan manakala 65.9 peratus individu dewasa melengkapkan dua dos suntikan. – UTUSAN ONLINE