Video, mesej tular lucah membabitkan pendakwah terkenal disiasat - Utusan Malaysia

Video, mesej tular lucah membabitkan pendakwah terkenal disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan video dan mesej lucah di aplikasi Telegram membabitkan pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat mahu membangkitkan pecah keamanan.

Kata beliau, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“PDRM turut menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap individu-individu sengaja menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abd. Jalil turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kesini untuk menyalurkannya kepada Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Junaidah M.Kasbolah dan Pegawai Penyiasat JSJ, Bukit Aman, Inspektor Mohd. Khabir Mohd. Afandi di talian 03-226 66071.

Terdahulu, timbul bukti dan beberapa tangkap layar perbualan didakwa milik seorang pendakwah terkenal dan mangsa kes berkenaan.

Menerusi laman Telegram berkenaan, beberapa bukti gangguan seksual membabitkan pendakwah berkenaan didedahkan kepada umum. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.