1,661 karton rokok seludup dirampas - Utusan Malaysia

1,661 karton rokok seludup dirampas

SUSPEK lelaki yang ditahan bersama 1,661 karton rokok seludup bersama kenderaan yang nilai keseluruhan mencecah RM360,098 di Taman Pontian Jaya, Pontian, di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Tindakan seorang lelaki tempatan yang menjadikan dua buah premis perniagaan di Taman Pontian Jaya, di sini sebagai tempat menyimpan rokok seludup menerima padah apabila diserbu pihak berkuasa, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Superintenden Dimin Awang berkata, sebanyak 1,661 karton rokok pelbagai jenama dipercayai bagi edaran tempatan dirampas dalam operasi tersebut.

“Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu dengan menjadikan stor di premis tersebut sebagai stor penyimpanan sementara sebelum rokok seludup itu diedarkan untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dimin berkata, penahanan suspek lelaki berusia 57 tahun serta barangan rampasan tersebut dipercayai dapat memutuskan rangkaian pengedaran rokok tidak bercukai terutama di daerah itu.

Tambah beliau, anggaran keseluruhan rampasan termasuk sebuah kereta jenis Toyota Vios yang digunakan untuk aktiviti tersebut berjumlah RM360,098.

“Suspek dan barangan rampasan serta kenderaan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bagi tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN