1,124 kluster aktif Covid-19, tempat kerja catat jumlah terbanyak 

1,124 kluster aktif Covid-19, tempat kerja catat jumlah terbanyak 

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah terbanyak iaitu sembilan kluster Covid-19 daripada 15 kluster hari ini, dengan bakinya, kluster komuniti manakala Kelantan merekodkan jumlah yang terbanyak. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan empat di Johor, dua di Kelantan manakala Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster. 

“Kluster komuniti pula, Kelantan mencatatkan empat kluster manakala Pahang dan Sabah, masing-masing satu kluster. Susulan penambahan 15 kluster baharu, jumlah kluster aktif kini sebanyak 1,124 kluster manakala sebanyak 4,338 kluster adalah kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Utusan Online semalam melaporkan kluster komuniti mencatatkan jumlah terbanyak iaitu sembilan kluster Covid-19 daripada 15 kluster, hari ini, manakala bakinya, kluster tempat kerja dengan Kelantan merekodkan jumlah kluster terbanyak. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 12,434 kes berbanding semalam, 11,332 kes sekali gus diatasi 17,000 kes sembuh manakala 979 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 565 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Katanya, Sarawak terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 2,967 kes diikuti Selangor (1,362), Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).

“Lapan negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (971), Pulau Pinang (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375), Kuala Lumpur (284) dan Negeri Sembilan (169). Perlis mencatatkan 79 kes dan Putrajaya, 18 kes manakala Labuan hanya mencatatkan lima kes,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 89 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 87 kes sebelum ia berubah kepada 109 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 240 kes berbanding kelmarin, 258 kes sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 25,935 kes. Sebanyak 71 daripada 240 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 5,168 kes. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Johor pula mencatatkan kematian dilaporkan 47 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 20 kes diikuti Selangor (41/6), Sabah (38/12), Kuala Lumpur (21/2), Kedah (20/8), Pulau Pinang (18/12), Sarawak (15/8),  Kelantan (14/5), Perak (10/5), Terengganu (7/3), Pahang (4/4), Melaka (4/3),  Perlis (1/1) dan Negeri Sembilan (0/1). 

 Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN