11 kes kemalangan dalam tempoh dua bulan di Jalan Pekan-Batu Balik - Utusan Malaysia

11 kes kemalangan dalam tempoh dua bulan di Jalan Pekan-Batu Balik

MOHD. ZAIDI MAT ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Sebanyak 11 kes kemalangan direkodkan di kilometer 20 hingga 27, Jalan Pekan-Batu Balik di sini yang berpunca daripada keadaan fizikal jalan raya berlubang dan rosak dari Julai hingga Ogos lalu.

Laluan tersebut merupakan jalan negeri bermula dari Kampung Acheh ke Padang Rumbia seterusnya ke Kampung Temai.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, jalan itu dalam proses penyelenggaraan dan dinaik taraf sejak Julai lalu.

Menurutnya, berdasarkan statistik itu, satu kes kemalangan maut direkodkan berlaku pada 30 Ogos lalu melibatkan sebuah kenderaan ambulans membawa pesakit telah hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik ke longkang sebelah kiri jalan.

“Daripada statistik itu juga, 10 kes pula adalah kemalangan melibatkan kenderaan rosak akibat terlanggar belakang kenderaan lain dan juga terbabas.

“Antara faktor dikenal pasti penyebab kemalangan berlaku di kawasan jalan yang sedang dinaik taraf itu adalah sikap pemandu yang memandu dengan laju terutama di kawasan jalan berbatu kasaran.

“Selain faktor jalan terdapat juga disebabkan binatang seperti babi, anjing atau lembu yang melintas secara mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zaidi turut memberitahu, sepanjang kawasan kemalangan itu hanya berbatu kasaran tanpa garisan tengah sejauh lebih kurang dua kilometer.

“Namun begitu, papan tanda amaran, kon sportlight (dipasang pada waktu malam) dan flagman semasa kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan, ada dan lengkap disediakan oleh pihak Roadcare,” katanya.

Sementara itu tambahnya, pihak polis mengingatkan pemandu yang menggunakan jalan tersebut agar lebih berhati-hati semasa melaluinya.

“Dengan sikap lebih berwaspada itu, diharap dapat mengelak dan mengurangkan kemalangan jalan raya di kawasan terbabit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya