[VIDEO] Fenomena Halo tarik perhatian penduduk Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Fenomena Halo tarik perhatian penduduk Negeri Sembilan

FENOMENA Halo yang dapat dilihat dan dirakam kira-kira pukul 1 petang tadi di Seremban. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penduduk di Negeri Sembilan termasuk di daerah ini dan Port Dickson berkesempatan untuk melihat fenomena Halo iaitu fenomena optik dalam bentuk lingkaran cahaya yang berputar atau bulatan di sekitar matahari.

Ketua Unit Baitul Hilal, Port Dickson, Muzamir Mazlan berkata, kali terakhir fenomena itu berlaku adalah pada Januari lalu.

“Kejadian ini disebabkan oleh pantulan dan pembiasan cahaya matahari oleh awan sirus yang mengandungi kristal ais kecil yang sejuk di atmosfera dan dikenali atau disebut sebagai Halo. Selain itu, fenomena Halo matahari ini juga boleh terjadi pada bulan.

FENOMENA Halo yang dirakam kira-kira pukul 1 petang tadi di Seremban. – VIDEO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

“Pada hari ini, fenomena Halo kelihatan di Port Dickson seawal pukul 10.15 pagi dan diketahui penduduk di Selangor dan Melaka juga dapat melihat fenomena Halo,” katanya kepada pemberita hari ini.

Muzamir memaklumkan, terdapat banyak jenis Halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan troposfera atas.

“Bagaimanapun, tidak ada masa yang tertentu kerana ia bergantung pada cuaca dan pembentukan awan.

“Fenomena yang boleh dilihat pada pukul 10.15 pagi tadi berkemungkinan akan mengambil masa yang agak lama bergantung pada cuaca dan perubahan awan. Penduduk setempat juga tidak perlu bimbang kerana keadaan itu normal dan ia adalah satu fenomena semula jadi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya