Vaksinasi berbayar di Perak bermula hari ini - Utusan Malaysia

Vaksinasi berbayar di Perak bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Program Vaksin Perak (PVP) atau Silver Vax iaitu program vaksinasi berbayar yang dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Majuperak Holdings Berhad (MHB) bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Nizran Noordin berkata, program itu menerima respons yang positif apabila sebanyak 150 syarikat swasta berminat untuk mendapatkan vaksinasi.

Menurutnya, Silver Vax merupakan program vaksinasi berbayar khusus untuk syarikat swasta dan korporat dengan mengenakan caj sebanyak RM388 bagi setiap kakitangan.

Beliau berkata, semua syarikat berkenaan terdiri daripada pelbagai sektor industri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Inisiatif yang dijalankan di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan di sini sebagai pusat pemberian vaksin merupakan usaha membantu mempercepatkan capaian imuniti berkelompok disasarkan kerajaan negeri.

“Selain syarikat korporat, PVP yang bermula hari ini juga memberi tumpuan pada industri pembuatan, perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.

“Kita menyasarkan kira-kira 300 penerima vaksin sehari bagi tempoh empat bulan bergantung kepada permintaan,” katanya kepada pemberita pada hari pertama Program Silver Vax di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan di sini.

Operasi hari pertama melibatkan para penerima vaksin yang terdiri daripada kakitangan MHB dan beberapa syarikat swasta.

Buat masa ini proses vaksinasi hanya di PPV Pusat Perubatan Ar-Ridzuan sebelum cadangan untuk membuka sebuah lagi PPV di Silveritage Medan Gopeng.

Sebanyak empat stesen vaksin Covid-19 disediakan yang diuruskan kira-kira 100 kakitangan serta petugas kesihatan pusat perubatan tersebut.

Menurut Nizran, bagi meluaskan lagi program PVP pihaknya juga bercadang untuk membuka dua PPV Silver Vax di luar Ipoh iaitu di Teluk Intan dan Taiping.

“Bagaimanapun pelaksanaannya bergantung kepada permintaan selain bekalan vaksin yang diterima,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya