UMNO tidak pentingkan diri sendiri tentukan calon PM - Shahrir Samad - Utusan Malaysia

UMNO tidak pentingkan diri sendiri tentukan calon PM – Shahrir Samad

MAHATHIR
SHAHRIR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, parti itu tidak mementingkan diri sendiri bagi menentukan calon Perdana Menteri.

Malah beliau berkata, UMNO menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada ahli Parlimen mereka walaupun terdapat pelbagai percanggahan dalam kalangan pemimpin parti.

“Perbezaan pendirian antara ahli-ahli Parlimen UMNO dengan parti mula ketara setelah Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 apabila ada juga pendapat bertentangan dari segi yang pokok dan soal masa. Ia juga adalah suatu yang baharu bagi UMNO.

“Namun, apabila soalnya adalah pengisian jawatan Perdana Menteri, parti tidak pernah mengecewakan pemimpin mereka walau apa pun sikap pemimpin itu terhadap parti,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu Shahrir berharap calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuktikan kredibiliti kerajaan pimpinannya nanti lebih berkesan daripada kedua-dua kerajaan sebelum ini.

Shahrir berkata, UMNO dalam masa yang sama telah memberi laluan kepada semua ahli Parlimen parti itu untuk bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah pimpinan Ismail Sabri.

“Buat masa ini, parti memberi ahli-ahli Parlimennya kuasa untuk terus bersama dengan Bersatu dalam sebuah kerajaan kepimpinan Ismail Sabri.

“Terserahlah kepada ahli-ahli Parlimen UMNO di bawah kepimpinan Ismail Sabri membuktikan kerajaan barunya lebih berkesan daripada kedua-dua kerajaan sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN