Tun M kecewa barisan Kabinet tidak banyak perubahan - Utusan Malaysia

Tun M kecewa barisan Kabinet tidak banyak perubahan

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan barisan Kabinet baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada perubahan dengan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, tidak ada banyak perbezaan apabila orang sama dilantik walaupun mereka itu di dalam pasukan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menunjukkan kejayaan.

Sebaliknya, kata beliau, orang-orang yang tidak berjaya itu dilantik semula termasuk membawa masuk pemimpin seperti Datuk Seri Shahidan Kassim yang disifatkan hanya tahu bercakap tetapi kurang bekerja.

“Saya dapati bahawa tidak ada tekanan berkenaan macam mana nak kurangkan kes-kes Covid-19 ini. Kes positif semakin bertambah tetapi duduk bercakap pasal politik seperti mahu adakan kerjasama dengan parti lawan dan sebagainya, semuanya politikal.

“Berkenaan masalah rakyat menderita, mati begitu ramai tak nampak satu pun tindakan diambil atau diberi perhatian. Saya kecewa dengan keadaan ini kerana tidak ada perubahan berbanding pada masa Muhyiddin dulu, sama sahaja,” katanya dalam rakaman audio kepada media hari ini.

Dalam pengumuman Kabinet baharu, majoriti menteri dan timbalan menteri yang dilantik semula adalah kekal selain memperkenalkan sembilan muka baharu.

Hanya tujuh daripada menteri dan timbalan menteri terdahulu digugurkan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN