'Tongkat ali bukan untuk lelaki dan seks sahaja' - Fahrin Ahmad - Utusan Malaysia

‘Tongkat ali bukan untuk lelaki dan seks sahaja’ – Fahrin Ahmad

FAHRIN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan Eurycoma longifolia atau tongkat ali bukanlah sesuatu yang asing sebagai sumber perubatan tradisional.

Malah, bahan tersebut seringkali dianggap sebagai ‘ubat kuat’ bagi golongan lelaki di negara ini turut mendapat tempat di negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS).

Namun, selebriti popular, Fahrin Ahmad menafikan tanggapan sedemikian dan menyifatkan tumbuhan tersebut sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih banyak sama ada untuk lelaki yang berkahwin dan bujang.

“Ia bukanlah sejenis tumbuhan yang dikhususkan untuk golongan lelaki dan seks sahaja.

“Tumbuhan ini sebenarnya baik untuk memberi tenaga buat mereka yang belum berkahwin,” katanya pada forum digital bertajuk Senior #TerusAktif Berpandukan Sains anjuran Nu-Prep, sebuah jenama suplemen di bawah Biotropics Malaysia Berhad (BMB) bersempena dengan Hari Warga Emas Sedunia di sini hari ini.

Antara panel jemputan lain termasuk Pakar Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan & Felo H-Care, Prof Madya Dr. Noorlaili Mohd. Tahir; Pakar Gaya Hidup Sihat, Dr. Norman Norawi dan pelakon terkenal Esma Daniel.

Dalam pada itu, Dr. Noorlaili berkata, berdasarkan beberapa kajian sebelum ini mendapati sebanyak 17 peratus daripada keseluruhan warga emas dijangka berdepan masalah keterbatasan untuk mengurus diri sendiri.

Sebanyak 18 peratus warga emas di negara ini juga berdepan dengan risiko mengalami demensia.

“Pada 2018 daripada kajian yang dijalankan, kita mendapati dua daripada lima warga emas ada masalah menguruskan hidup sendiri. Selain itu ada juga berisiko mengalami kekurangan zat makanan. Risiko ini antara perkara yang kita tak nampak sangat.

“Selain itu, satu perkara yang perlu dirisaukan adalah jika warga emas berkenaan pernah jatuh sekali dalam setahun dan ia satu perkara perlu dirisaukan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus BMB, Noorsyarida Mohd Sapiai berkata, Nu-Prep telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen #TerusAktif dengan hasrat untuk menggalakan warga emas di negara ini untuk terus aktif dan cergas di usia tua.

Justeru kata beliau, forum itu telah membincangkan tentang isu-isu yang sering dialami oleh warga emas, punca masalah yang dialami dan juga bagaimana kita boleh menyelesaikan atau mengurangkan risiko masalah tersebut.

“Nu-Prep mempunyai pelbagai rangkaian produk seperti Nu-Prep Lelaki dan Nu-Prep Wanita yang membantu untuk mengekal dan menambah tenaga di dalam badan.

“Selain mencapai objektif yang sedia ada, kempen oleh Nu-Prep ini juga berhasrat untuk memberi kesedaran kepada warga emas di Malaysia untuk melakukan pengesanan awal bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang kerap dialami di usia emas,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh melayari www.nuprep.com.my atau laman Facebook Nu-Prep Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya