Teka-teki Kabinet baharu terjawab 11 pagi - Utusan Malaysia

Teka-teki Kabinet baharu terjawab 11 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Teka-teki antara pemimpin dan individu yang bakal menganggotai Kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan terjawab dalam satu sidang akhbar pada pukul 11 pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri menerusi satu hantaran Facebook beliau pada pagi ini.

“Salam Jumaat barakah kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebentar lagi pada jam 11 pagi, saya akan mengumumkan senarai menteri Kabinet yang akan turut serta dalam pentadbiran ini. Sama-sama kita nantikan,” kata Ismail Sabri.

Siaran langsung itu boleh disaksikan di RTM, Bernama, TV3 dan TV Alhijrah.

Semalam,  Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Ismail Sabri bakal mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi ini.

Ini selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembah senarai nama anggota Kabinet baharu.

Majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri Persekutuan pula berlangsung pada pukul 2.30 petang, Isnin ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN