Syafiq mohon maaf terlalu ikut emosi - Utusan Malaysia

Syafiq mohon maaf terlalu ikut emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad memohon maaf dan mengakui terlalu mengikut emosi ketika memuat naik satu tweet di media sosial Twitter miliknya, kelmarin.

Dalam tweet itu, Syafiq meluahkan rasa gembira dapat melihat rakan-rakan beraksi di atas padang namun ada segelintir pihak menyalah tafsir maksud yang cuba disampaikannya sehingga menimbul ‘ketegangan’ antara dia dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf atas Tweet yang mengikut perasaan saya semalam kepada rakan sepasukan, kelab dan terutamanya sekali Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan luar padang. 

“Saya mengakui tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini,” tulisnya di Insta Story.

Syafiq menulis tweet berbunyi, “Seronok tengok kawan-kawan main bola” dan luahan tersebut menjadi bualan ramai peminat dan termasuk pemain bola sepak tempatan yang lain.

Penyerang berusia 26 tahun itu mula menyarung jersi skuad Harimau Selatan pada 2018 daripada Kedah dan mengecapi beberapa kejuaraan dalam Liga Malaysia bersama kelab tersebut.

Sementara itu, JDT kini berada dilandasan terbaik untuk menjulang kejuaraan kelapan Liga Super berturut-turut selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Petaling Jaya City (PJ City), sekali gus menerajui tahta dengan 48 mata ketika liga berbaki tiga perlawanan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN