Senarai Kabinet 'Keluarga Malaysia' akan diumum minggu ini - Utusan Malaysia

Senarai Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ akan diumum minggu ini

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob akan mengumumkan barisan Kabinet kerajaan baharu pada minggu ini.

Beliau berkata, pada masa ini, beliau masih belum menyiapkan senarai penuh barisan Kabinet tersebut.

Katanya, beliau akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong selepas senarai Kabinet itu siap nanti.

“Tunggu pengumuman. Senarai belum ada,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan bencana di Titi Hayun di sini hari ini.

Sementara itu katanya, jawatan Timbalan Perdana Menteri juga belum diputuskan lagi.

Semalam Ismail Sabri menyeru semua pihak supaya bersepakat menyelamatkan ‘Keluarga Malaysia’.

Perdana Menteri dalam ucapan awam sulungnya berkata, beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa itu sifatnya lebih inklusif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.