Selangor terus sumbang kematian terbanyak, 98 kes meninggal di rumah - Utusan Malaysia

Selangor terus sumbang kematian terbanyak, 98 kes meninggal di rumah

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor terus menjadi penyumbang terbanyak kematian Covid-19 iaitu 139 daripada 282 kes jumlah harian, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, 52 kes di Johor, 21 kes di Kuala Lumpur, 15 kes di Sabah, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Kedah, sembilan kes di Kelantan, tujuh kes di Pahang, lima kes di Melaka, masing-masing tiga kes di Negeri Sembilan dan Perak, dua kes di Terengganu serta masing-masing satu kes di Perlis, Sarawak dan Putrajaya.

“Kematian melibatkan 166 lelaki dan 116 perempuan termasuk 44 warga asing dengan 98 kes termasuk 35 warga asing yang dibawa ke hospital selepas meninggal dunia di rumah.

“Seramai 218 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 20,897 kes berbanding semalam, 19,268 kes  sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 18,465 kes dengan 1,005 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 464 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 267,863 kes aktif. 

Katanya, Selangor yang kekal menjadi penyumbang terbesar merekodkan sebanyak 4,371 kes diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479), Perak (1,204) dan Kuala Lumpur (1,003). 

“Empat negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (798), Terengganu (608), Melaka (417) dan Negeri Sembilan (215). 

“Perlis pula merekodkan 64 kes dan Putrajaya, 25 kes manakala Labuan hanya satu kes,” katanya.

Mengulas mengenai 22 kluster baharu, beliau berkata, tempat kerja mencatatkan 11 kluster diikuti lapan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

Dalam perkembangan berkaitan 20,897 kes positif, Noor Hisham berkata, sebanyak 422 kes (2.0 peratus) kategori tiga, empat dan lima manakala 20,475 kes (98.0 peratus) kategori satu dan dua yang berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19.

 “Sebanyak 79 kes ialah kategori lima dengan 67 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 119 kes kategori empat dengan 66 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 224 kes kategori tiga dengan 176 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi. 

“Selain itu, sebanyak 12,136 kes kategori dua dengan 9,204 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 8,339 kes kategori satu dengan 5,858 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya