Selangor komited jayakan ‘Visi Sukan Negara 2030’ - Utusan Malaysia

Selangor komited jayakan ‘Visi Sukan Negara 2030’

MOHD. KHAIRUDDIN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum tentang Visi Sukan Negara (VSN) 2030 yang diperkenal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memastikan hala tuju dan perancangan pembangunan sukan negara dipetakan dengan lebih komprehensif, bersepadu dan kolektif bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan Dan Modal Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pelaksanaan VSN 2030 bertujuan mengumpul idea, aspirasi, keinginan dan harapan mengenai pembangunan sukan negara khususnya daripada pemegang taruh sukan serta rakyat.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri mengamalkan sikap terbuka dalam memberi sokongan dan kerjasama terhadap program Kerajaan Persekutuan terutama melibatkan sukan.

“Kerajaan negeri bersama-sama seluruh agensi, dan persatuan sukan di Selangor seperti Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Penggerak Belia Selangor (PeBS), atlet Selangor serta rakyat Selangor pastinya akan memberi buah fikiran dan idea baharu dalam memberi sokongan menghasilkan dokumen VSN 2030 kelak.

“Hari ini kita dapat menjayakan program Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara 2030 Peringkat Negeri Selangor. Setinggi penghargaan kepada Jabatan Belia dan Sukan Selangor serta Majlis Sukan Negeri Selangor yang berusaha menjayakan program seumpama ini,” katanya.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk bersama menjayakan segala program yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Beliau menambah, kerajaan negeri sedar, kepelbagaian pendapat dari semua pihak perlu dirai agar dokumen VSN 2030 dapat disiapkan dengan cemerlang selaras dengan cogan kata ‘Ini
Visi Kita’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN