Selangor kekalkan momentum 'menang' - Utusan Malaysia

Selangor kekalkan momentum ‘menang’

PEMAIN Selangor meraikan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan UiTM dalam aksi Liga Super, malam ini.- IHSAN FB Selangor FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang sensasi Selangor Ifedayo Olusegun meneruskan sentuhan berbisanya apabila meledak gol ke-17 musim ini ketika membantu Selangor menewaskan UiTM FC 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Selepas kemarau kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini, momentum menewaskan Penang FC 4-1, minggu lalu diteruskan anak buah Karsten Neitzel pada minggu ini sekali gus membolehkan mereka meraih dua kemenangan berturut-turut.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat UiTM apabila terus kempunan untuk menang dan lebih malang mereka telah tewas buat kali ke-14 pada musim ini selepas mengharungi 16 perlawanan.

Gol pertama Red Giants hadir pada minit ke-26 menerusi jaringan pertahanannya, Shahrul Nazeem Zulpakar.

Ifedayo menggandakan kelebihan jaringan buat tuan rumah pada minit ke-57 untuk menewaskan penjaga gol UiTM, Zamir Selamat buat kali kedua.

UiTM turut mencipta beberapa peluang tetapi gagal untuk mengatasi penjaga gol Selangor Khairul Azhan Khalid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya