'Selamat berkhidmat kepada YAB PM' - Najib - Utusan Malaysia

‘Selamat berkhidmat kepada YAB PM’ – Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  atas pelantikan sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian dalam Facebook beliau hari ini.

“Selamat berkhidmat kepada YAB PM Ke-9 Malaysia,” kata Najib.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN