'Saya pegang prinsip peka, bertanggungjawab, amanah' - Halimah - Utusan Malaysia

‘Saya pegang prinsip peka, bertanggungjawab, amanah’ – Halimah

HALIMAH MOHAMED SADIQUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyifatkan pelantikan semula bagi jawatan Menteri Perpaduan Negara dianggap sebagai satu amanah yang besar bagi beliau.

Bagaimanapun, Halimah berkata, tanggungjawab tersebut akan dipikul beliau sehabis baik demi Keluarga Malaysia.

“Sesungguhnya tanggungjawab yang diberikan ini amanah yang sangat besar untuk dipikul. Insya-Allah, tanggungjawab ini akan saya pikul sehabis baik demi Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Halimah turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau bagi menggalas jawatan tersebut.

“Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan saya semula sebagai Menteri Perpaduan Negara.

“Sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri tiga prinsip iaitu peka, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan keyakinan rakyat akan digenggam erat,” katanya.

Pengumuman pembentukan Kabinet baharu dibuat Ismail Sabri pagi tadi sebelum majlis angkat sumpah akan berlangsung pukul 2.30 petang, Isnin ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN