Redzuan, Saravanan, Edmund Santhara tinggalkan rumah PM

Redzuan, Saravanan, Edmund Santhara tinggalkan rumah PM

MOHD. Redzuan Md. Yusof melambai tangan ke arah petugas media sebaik keluar dari kediaman Perdana Menteri. - FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dilihat meninggalkan pekarangan rumah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas lebih sejam masuk.

Beliau yang beredar pada pukul 7.10 malam itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perbincangan berkenaan.

“Tak ada apa-apa,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebuah kereta dipercayai membawa Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dilihat keluar dari pekarangan rumah Perdana Menteri pada 6.40 petang.

Pergerakan keluar itu juga disusuli sebuah kereta yang dipercayai membawa Timbalan Menteri Wilayah, Edmund Santhara Kumar.

Terdahulu, lebih 20 pengamal media termasuk wartawan dan jurukamera pelbagai agensi dan berita tempatan mula berkumpul sejak pukul 4.30 petang tadi.

Sebelum ini, media melaporkan satu mesyuarat Kabinet tergempar akan berlangsung petang ini, ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin difahamkan sudah hilang majoriti.

Bagaimanapun, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan mesyuarat tergempar pada petang ini adalah hanya satu mesyuarat pengurusan parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN