‘Rakyat tidak mahu dengar retorik, laksanakan amanah yang diberi’ - Hasni

‘Rakyat tidak mahu dengar retorik, laksanakan amanah yang diberi’ – Hasni

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan jemaah menteri yang baharu diyakini mampu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendepani pelbagai cabaran besar akibat pandemik Covid-19 yang masih membelenggu negara hingga kini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad percaya, jemaah menteri berkenaan mampu memberikan idea dan pendekatan baharu bagi mengekang dan memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini.

Tambahnya, ekoran jumlah kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat, jemaah menteri tiada masa untuk berlengah dan harus terus menumpukan sepenuh usaha menangani pandemik tersebut.

“Rakyat kini tidak mahu mendengar pemimpin beretorik, sebaliknya melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik, pantas dan berkesan. Rakyat amat mementingkan hasil dan penilaian dibuat berdasarkan prestasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasni memberitahu, menerusi penilaian 100 hari, prestasi dan gerak kerja semua menteri dapat dipantau dan ditambah baik dari masa ke semasa supaya usaha memerangi Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara mampu dilaksanakan dengan berkesan.

“Saya yakin rakyat meletakkan harapan yang besar kepada barisan jemaah menteri yang baharu dilantik untuk membawa Malaysia menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera,” katanya. 

Hari ini, Ismail Sabri mengumumkan barisan Jemaah Menteri yang baharu yang menyaksikan beberapa nama baharu berbanding barisan Kabinet yang lalu.

Barisan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri itu tidak melibatkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN