PPV pandu lalu khas untuk OKU, penjaga - Utusan Malaysia

PPV pandu lalu khas untuk OKU, penjaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Persatuan orang kurang upaya (OKU) Sentral akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu yang khusus buat golongan itu, penjaga mereka dan warga emas.

PPV di Pusat Akuatik Arena Larkin Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri.

Katanya, ia adalah sebahagian usaha bagi memudahkan dan memastikan golongan rentan yang berisiko tinggi iaitu OKU dan warga emas mendapat vaksin secepat mungkin serta tidak tercicir dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Untuk makluman, PPV ini hanya dikhaskan buat individu berusia 18 tahun ke atas yang tinggal di Johor sahaja.

“Pihak kami juga akan memberi vaksin kepada tiga orang penjaga serta ahli keluarga OKU. Pemohon perlu mengisi maklumat OKU dan tiga orang penjaga serta ahli keluarga OKU dengan lengkap.

“Pendaftaran dibuka sehingga 25 Ogos ini, pukul 11.30 malam di pautan https://forms.gle/gVXk6jeAeo8Pru1v6,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ras Adiba berkata, pemohon perlu mengisi segala maklumat dengan tepat dan betul terutamanya bahagian nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pengenalan Mysejahtera bagi memudahkan proses pemberian janji temu.

Katanya, permohonan hanya perlu dibuat sekali sahaja bagi keseluruhan permohonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya