KUALA LUMPUR: Kenderaan bersama polis pengiring membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara pada pukul 12.20 tengah hari ini.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun selesai menghadap Yang di-Dipertuan Agong dan meninggalkan prkarangan Istana Negara pada pukul 11.45 pagi.
Perdana Menteri sebelumnya mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Kompleks Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. – UTUSAN ONLINE