Petugas PPV terima sumbangan susu Summerfield

Petugas PPV terima sumbangan susu Summerfield

KAKITANGAN syarikat Hud Distribution Sdn. Bhd. menyerahkan susu jenama Summerfield kepada petugas barisan hadapan di PPV Stadium Bagan Serai, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 720 kotak susu diberikan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Bagan Serai, Perak.

Sumbangan diedarkan syarikat pengedaran susu jenama Summerfield, Hud Distribution Sdn. Bhd. sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus memerangi penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Pengarah Hud Dsitribution Sdn. Bhd. Noorhidayati Mohd Zuhudin berkata, sumbangan turut diberikan kepada beberapa PPV negeri lain yang terpilih sebagai langkah menggalakkan pengambilan minuman berkhasiat.

“Kami berharap dengan sumbangan ini dapat memberi semangat dan kekuatan moral untuk berkhidmat kepada negara dan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN