Petugas media berkumpul di istana, tunggu Ismail Sabri angkat sumpah

Menunggu Ismail Sabri angkat sumpah sebagai PM Kesembilan

ANGGOTA polis sedang mendengar arahan sebelum ketibaan Ismail Sabri Yaakob untuk mengangkat sumpah Perdana Menteri Kesembilan di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/RAMDHAN SAMSUDIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sehingga pukul 1 petang, petugas media memenuhi pekarangan Istana Negara menunggu ketibaan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Is­mail Sabri Yaakob yang dijadualkan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pintu satu Istana Negara dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan.

Ahli Parlimen Bera itu berjaya mengumpul jumlah Surat Akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN