Pertimbang Tok Mat sebagai Menteri Kewangan - Utusan Malaysia

Pertimbang Tok Mat sebagai Menteri Kewangan

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Cadangan supaya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan  dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam barisan Kabinet baharu wajar dipertimbangkan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim berkata, pengalaman bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dalam bidang korporat dan pentadbiran tidak boleh dipertikaikan.

“Sudah tentu pengalaman yang beliau ada sangat membantu. Beliau juga seorang pemimpin yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Santai Pagi dan Kibarkan Jalur Gemilang bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Dusun Nyior, di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar Mohamad yang mesra dipanggil Tok Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau dilantik sebagai Menteri Kewangan.


MUSTAFA SALIM

Dalam perkembangan sama, Mustafa berkata, UMNO Negeri Sembilan meletakkan harapan agak barisan menteri Kabinet baharu turut diterajui oleh ahli Parlimen UMNO dari Negeri Sembilan.

“Seperti mana sebelum ini kita memang berharap ada  dalam kalangan ahli Parlimen UMNO di Negeri Sembilan yang dilantik mewakili suara rakyat di negeri ini di Kabinet.

“Kami mengharapkan Perdana Menteri melihat keperluan yang ada dalam kalangan Ahli Parlimen kita (UMNO),” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.