Penyampaian mesej PICK kepada Orang Asli berkesan - Utusan Malaysia

Penyampaian mesej PICK kepada Orang Asli berkesan

KHAIRY Jamaluddin dan Mohd. Salim Mohd. Sharif (kiri) melihat seorang warga masyarakat orang Asli, Azman Undi, 45, yang menerima vaksin di hadapan rumahnya di Kampung Orang Asli Batu Peti, Jempol. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Kempen penerangan dan penyampaian mesej kepada masyarakat Orang Asli menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilihat berhasil dan sangat berkesan dalam memastikan komuniti tersebut menerima vaksin masing-masing.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, kerjasama daripada wakil rakyat, kepemimpinan masyarakat termasuk tok batin yang tampil menawarkan diri untuk divaksinasi terlebih dahulu turut memberikan kesan positif.

“Semua sudah yakin dengan vaksin dan rata-rata di sini (Orang Asli) bila saya tanya, kenapa mereka nak dapatkan vaksin, mereka kata nak jaga kesihatan mereka dan keluarga.

“Jadi saya lihat kempen penerangan yang telah kita laksanakan dalam kalangan Orang Asli sangat-sangat berkesan. Mereka sedia dan mahu dapatkan perlindungan melalui suntikan vaksin, jadi saya rasa pendekatan kita untuk sampaikan mesej kepada mereka selama beberapa bulan ini sangat berjaya,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak, Kampung Orang Asli Batu Peti, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif.

Sementara itu Khairy berkata, program outreach bagi pemberian vaksin Covid-19 banyak membantu bagi menjayakan PICK.

“Saya dapati ia sangat berkesan terutama di kawasan-kawasan terpencil, pedalaman, perkampungan Orang Asli, mungkin jauh untuk mereka ke klinik kesihatan dan juga PPV di tempat dan pekan besar, pendekatan PICK kita banyak bergantung kepada program seperti ini.

“PPV sementara dibuka, mungkin selama satu dua hari untuk kita selesai memberi vaksin kepada satu kampung dan akan kembali untuk pemberian dos kedua pada tiga minggu lagi. Inisiatif (outreach) akan kita teruskan untuk pastikan, tidak ada sesiapa yang ketinggalan bagi diberikan vaksin Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya