Pelancongan Terengganu dibuka 1 September - Utusan Malaysia

Pelancongan Terengganu dibuka 1 September

PANORAMA indah di Pulau Perhentian di Besut. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sektor pelancongan di seluruh Terengganu akan dibuka dua hari lagi dengan premis-premis perhotelan dan resort termasuk di pulau peranginan dibenarkan beroperasi kembali.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, hanya Pulau Perhentian dikecualikan daripada dibuka berikutan penularan Covid-19.

Katanya, perkhidmatan penginapan di destinasi pelancongan di negeri ini, bagaimanapun terhad kepada mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19.

“Sektor pelancongan dibuka secara rasmi bermula 1 September dan rakyat Terengganu kini boleh membuat tempahan percutian masing-masing.

“Di samping itu, aktiviti rekreasi air seperti snorkel, skuba dan kolam renang terbuka turut dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) membabitkan 60 peratus kapasiti,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis solat hajat di Jabatan Pelancongan Negeri di sini.

Menurut Ariffin, kesemua kakitangan hotel dan resort di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 selaras untuk menjamin keselamatan pengunjung.

Dalam pada itu katanya, beberapa lokasi pelancongan indoor seperti Taman Tamadun Islam (TTI), Muzium Negeri, zoo dan taman tema masih ditutup kepada pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya