Pelaksanaan PKP tidak jejas pasaran buruh di Malaysia - Utusan Malaysia

Pelaksanaan PKP tidak jejas pasaran buruh di Malaysia

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia menjangkakan prestasi pasaran buruh bertambah baik pada suku kedua tahun ini dengan kadar pengangguran dianggarkan adalah 4.6 peratus.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, angka itu rendah sedikit berbanding 4.8 peratus yang dicatatkan dalam suku pertama tahun ini dan suku keempat pada tahun lepas.

“Unjuran ini terkandung dalam laporan Perspektf Pasaran Buruh Suku Tahun Pasca Krisis dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini yang disediakan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan, Universiti Putra Malaysia dan Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso,” katanya menerusi kenyataan.

Laporan itu, jelasnya, mendapati bahawa prestasi pasaran tersebut untuk tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan situasi pemulihan stabil dengan kadar pengangguran tidak berubah, disokong keadaan trend penurunan kadar kehilangan pekerjaan dalam kalangan pekerja sektor swasta yang terus menyusut sebanyak 12 peratus.

Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada suku pertama 2021 juga tidak menjejaskan pasaran buruh negara disebabkan pendekatan sekatan itu lebih bersasar.

“Bagaimanapun, sebahagian segmen pasaran buruh masih terkesan dan berada pada fasa awal pemulihan, terutama sektor pekerjaan informal dan pelancongan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN