Pegawai polis ditemukan maut dengan luka tembakan di kepala - Utusan Malaysia

Pegawai polis ditemukan maut dengan luka tembakan di kepala

MARKAS Operasi Khas. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang pegawai polis perkhidmatan negara sepenuh masa meninggal dunia selepas ditemukan di Markas Operasi Khas (SOC) dengan luka tembakan pada kepalanya, semalam.

Berita Mediacorp melaporkan, pegawai NS berusia 21 tahun itu melaporkan diri di tempat kerja sekitar pukul 10.30 pagi dan mengambil pistolnya daripada tempat menyimpan senjata, dedah polis dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Beliau kemudian ditemukan seorang diri dengan luka tembakan pada bahagian kepala di sebuah tandas di SOC sekitar pukul 11.00 pagi. Pistol itu ditemukan di sebelahnya,” menurut polis.

Beliau disahkan meninggal dunia sekitar pukul 11.20 pagi oleh paramedik di tempat kejadian.

Polis menyatakan ia mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian luar biasa dan Jabatan Siasatan Jenayah sedang menyiasat kes tersebut.

Berdasarkan siasatan awal, polis menyatakan ia tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN