KUALA LUMPUR: Kebanyakan pegawai kementerian dikatakan sudah mengemas barang dan mengosongkan pejabat masing-masing di Putrajaya susulan perkembangan terkini krisis politik negara. Tanpa ingin menamakan kementerian mana, pegawai yang dihubungi Utusan Malaysia itu berkata, beliau telah mengemas pejabat kira-kira jam 12 tengah hari tadi. “Bukan saya sahaja, banyak pegawai lain juga yang dah kemas barang dan kosongkan pejabat. Saya hanya ikut arahan sahaja,” katanya ketika dihubungi. Namun ketika ditanya siapa yang…










