PDRM tidak tolak ansur pihak anjur perhimpunan - Utusan Malaysia

PDRM tidak tolak ansur pihak anjur perhimpunan

ACRYL SANI ABDULLLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sedia maklum rancangan untuk mengadakan satu perhimpunan jalanan pada 21 Ogos ini.

Katanya, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana melanggar SOP.

“Malah, ini juga membelakangkan keselamatan kesihatan dalam senario semasa penularan Covid-19.

“PDRM meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan SOP yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata, demi keselamatan kesihatan umum, PDRM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan dan akan mengambil tindakan tegas dalam perkara ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN