PETALING JAYA: Seorang wanita bersama cucunya berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Jalan 13A, Taman Ampang Jaya, di sini, pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.55 pagi sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan BBP Pandan digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah lot rumah setingkat bangunan kelas A yang terbakar di bahagian hadapan.
“Anggaran kemusnahan dianggarkan kira-kira 20 peratus dan operasi pemadaman berjaya dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, kedua-dua mangsa dapat diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.- UTUSAN ONLINE