Muhyiddin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

Muhyiddin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong

MUHYIDDIN Yassin melambai ketika kenderaan membawanya keluar dari Istana Negara. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pintu 1 Istana Negara pada pukul 11.50 pagi.

Ia selepas kira-kira satu jam beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KENDERAAN membawa Perdana Menteri keluar dari Istana Negara menuju ke Putrajaya. – UTUSAN/AFIQ RAZALI

Buat masa ini, tiada lagi sebarang tanda-tanda pemimpin lain bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Muhyiddin dijangka mengadakan Mesyuarat Pra-Kabinet di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN