PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada petang ini. Menurut sumber, pertemuan itu dikatakan berlangsung pada pukul 5 petang. Namun Utusan Online masih belum dimaklumkan agenda pertemuan tersebut, namun ia dikatakan berkaitan dengan perkembangan politik semasa tanah air. Terdahulu, Perdana Menteri dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah…










