Mesyuarat Kabinet tergempar akan diadakan petang ini

Mesyuarat Kabinet tergempar petang ini

MESYUARAT tergempar Kabinet dipercayai akan diadakan Putrajaya petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat Kabinet tergempar akan berlangsung petang ini, ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin difahamkan sudah hilang majoriti.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, mesyuarat yang akan diadakan di Putrajaya itu akan dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan menteri.

Difahamkan, Ketua Whip parti turut akan hadir sama dalam mesyuarat tersebut.

“Selalunya menteri yang menghadiri mesyuarat tetapi petang ini turut melibatkan semua timbalan menteri,” kata sumber ketika dihubungi.

Mesyuarat Kabinet itu diadakan selang 24 jam selepas Muhyiddin mengumumkan pelawaan rentas parti kepada parti-padti di luar PN untuk membantunya meraih undi percaya di Parlimen September ini.

Dalam perutusannya petang semalam, Muhyiddin menyatakan tujuah tawaran kepada ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan supaya kerajaan PN kekal berfungsi.

Tawaran berkenaan adalah:

1. Mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

2. Rang Undang-undang Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

3. Jumlah ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seimbang.

4. Bersetuju melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik.

5. Satu rang undang-undang termasuk rang undang-undang perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirunding terlebih dahulu dengan semua ahli Parlimen.

6. Satu rang undang-undang hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya