MeKUALA LUMPUR: Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara terus dikunjungi Kabinet.
Sebuah kenderaan dipercayai membawa seorang menteri masuk ke pekarangan kediamannya di sini hari ini.
Kenderaan jenis pelbagai guna (SUV) dengan plat menteri itu dilihat masuk pada pukul 5.45 petang.
Bagaimanapun, penumpang di dalam kenderaan itu tidak dapat disahkan identitinya.
Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan perkembangan kemelut politik yang melanda negara.
Semalam, UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.
Bagaimanapun, Muhyiddin dalam perutusan khasnya menyatakan masih mempunyai majoriti dan bakal ditentukan di Parlimen.










